Tuesday 8 May 2012

HEBAHAN: SUKANEKA DAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKCSD 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL (2)
Jalan Tanah Lapang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4041 1149   Fax : 03-4043 8577

Tarikh: 8 Mei 2012                 

Kepada
Ibu/Bapa/Penjaga Murid.

Tuan/Puan,

SUKANEKA DAN  KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH TAHUN 2012

Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Sukaneka Sekolah akan diadakan bagi murid-murid Tahap 1 seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh            :           11 Mei 2012 (JUMAAT)
                        Masa              :           8.15 pagi - 12.00 tengahari
                        Tempat           :           Padang SK Convent Sentul (2)

2.         Bagi murid-murid Tahap 2, Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           12 Mei 2012(SABTU)
                        Masa              :           8.00 pagi - 1.00 tengahari
                        Tempat           :           Stadium Selayang

3.         Semua ibu/bapa/penjaga murid dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

4.         Memandangkan Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan pada hari Sabtu,  murid-murid yang tidak terlibat dalam sukan sekolah digalakkan hadir ke Stadium untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Sekolah.

5.         Sekolah akan bercuti, pada 14 Mei 2012(ISNIN). Sekolah akan dibuka semula pada 15 Mei 2012(SELASA).

6.         Diharap perkara ini di dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

2 comments:

  1. Tahniah kepada semua warga sk convent sentul 2 diatas kejayaan menjayakan sukaneka dan kejohanan sukan tahunan....terutama orang kuat sukan
    Pn Sazlina dan pn zihana....

    ReplyDelete
  2. sukan telah berlangsung dengan jayanya....kalah menang adat pertandingan yang penting semangat kesukanan disemai bersama...yang penting MERAH MEMBARA TERUS JUARA

    ReplyDelete