Thursday 24 May 2012

MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SALAM UKHUWAH SALAM PENDIDIK


Dalam merealisasikan visi dan misi sekolah, para pendidik di sarankan untuk mengintegrasikan TMK di dalam P&P selaras dengan arus kemodenan dan teknologi yang pesat membangun. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan sebuah web yang dikenali dengan nama EDUWEBTV yang boleh diakses oleh GURU-GURU, IBU BAPA dan juga para PELAJAR. Terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di dalam kelas juga di rumah. Jika para pelajar sudah boleh bermain facebook, tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk menggalakkan para pelajar menggunakan web ini kerana terdapat video melibatkan kurikulum , soalan-soalan peperiksaan serta boleh mengajukan soalan-soalan kepada guru-guru. LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MELAYARI EDUWEBTV ini dan sama-sama menerima manfaat darinya. 


Sila klik di sini untuk melayari laman EDUWEBTV.



Tuesday 8 May 2012

FACES OF TODAY, HOPE FOR TOMORROW: Guru Oh Guru Kita Punya Tanggungjawab Yang Besar

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

HEBAHAN: SUKANEKA DAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKCSD 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL (2)
Jalan Tanah Lapang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4041 1149   Fax : 03-4043 8577

Tarikh: 8 Mei 2012                 

Kepada
Ibu/Bapa/Penjaga Murid.

Tuan/Puan,

SUKANEKA DAN  KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH TAHUN 2012

Berhubung perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Sukaneka Sekolah akan diadakan bagi murid-murid Tahap 1 seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh            :           11 Mei 2012 (JUMAAT)
                        Masa              :           8.15 pagi - 12.00 tengahari
                        Tempat           :           Padang SK Convent Sentul (2)

2.         Bagi murid-murid Tahap 2, Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           12 Mei 2012(SABTU)
                        Masa              :           8.00 pagi - 1.00 tengahari
                        Tempat           :           Stadium Selayang

3.         Semua ibu/bapa/penjaga murid dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

4.         Memandangkan Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan pada hari Sabtu,  murid-murid yang tidak terlibat dalam sukan sekolah digalakkan hadir ke Stadium untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Sekolah.

5.         Sekolah akan bercuti, pada 14 Mei 2012(ISNIN). Sekolah akan dibuka semula pada 15 Mei 2012(SELASA).

6.         Diharap perkara ini di dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Wednesday 2 May 2012

PENTADBIR SK CONVENT SENTUL (2)

PUAN MARIAM BINTI MUDA
GURU BESAR


PUAN HJH. ROSLAH BINTI ABBAS
GPK KURIKULUM/PENTADBIRAN


PUAN ROKIAH BINTI ALIAS
GPK HAL EHWAL MURID


PUAN HJH. ZURAINI BINTI ISMAIL KHAN
GPK KOKURIKULUM

VISI DAN MISI SEKOLAH

SELARAS DENGAN VISI DAN MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, SK CONVENT SENTUL (2) BERAZAM DAN TEKAD UNTUK MENCAPAI;


VISI:
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI:
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


MATLAMAT:

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


SEMUA WARGA SKCS 2 KOMITED DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI INI. USAHA YANG BERTERUSAN JUGA KERJASAMA SEMUA PIHAK DI ANTARA PIHAK SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT DIPERLUKAN DALAM MEMASTIKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI INSAN BERGUNA TERCAPAI.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH


BANGUNAN SEKOLAH YANG TERSERGAM INDAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul telah ditubuhkan pada Januari 1940 dengan nama asal sekolah ini ialah Holy Infant Jesus Convent Sentul, Kuala Lumpur. Guru Besar yang pertama sekolah ini adalah Sister Stephanie. Pada permulaan penubuhan sekolah ini, terdapat seramai 7 orang guru termasuklah guru besar, 7 bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 5 dan seramai 294 murid.
Bangunan Sekolah Menengah Convent Sentul adalah lokasi asal Sekolah dan sehingga sekarang sekolah menengah itu masih wujud lagi. Pembinaan SRK Convent Sentul pada tahun 1959 oleh kerajaan negeri Selangor dengan keluasan tanah seluas 2.7 ekar dan pada tahun 1961 SRK Convent Sentul berpindah ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul. Perpindahan ke bangunan baru di Jalan Tanah Lapang, Sentul telah mewujudkan dua buah sekolah iaitu SRK Convent Sentul 1 dan SRK Convent Sentul 2.
Pada tahun 1970 kerajaan negeri telah memperuntukan untuk pembesaran kantin sekolah dilakukan, pada tahun 1980 ia diteruskan dengan pembukaan serta perasmian perpustakaan oleh Y.B. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En. Annas Hj. Ahmad. Moto sekolah ditukarkan dengan moto baru dalam tahun yang sama pada tahun 1980 iaitu ‘Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti’ ringkas, tetapi mengandungi maksud yang dalam. Tulus dengan Fadilah adalah berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan kita perlu berusaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
Azam dengan Bakti bererti menyedari bahawa kewajipan kita adalah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain menggunakan tenaga kerana ia diperlukan setiap hari dan masa. Hanya bila seseorang itu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kecenderungannya, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat dicapai sepenuhnya. Khidmat yang tiada batasnya ini bermula dalam diri kita sendiri.
Pada tahun 1986, SRK Convent Sentul 1 dan 2 telah mengadakan sambutan Jubli Perak. Perkembangan sejarah sekolah ini telah memberi kesan perubahan fizikal, intelek, dan rohani dari masa ke semasa sehingga sekarang. Peredaran masa dari zaman ke zaman adalah satu proses yang berlainan, ini semua bergantung kepada persekitaran. Dari situ wujudnya sejarah sesuatu tempat dan sekarang kita mendukung cita-cita negara di mana perpaduan diutamakan iaitu 1 Malaysia ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
PAPAN SEJARAH SEKOLAH YANG MASIH TEGUH TERSEMAT

POKOK YANG TELAH MENJADI SAKSI RIBUAN ANAK BANGSA TELAH DIDIDIK DI SINI







LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
SK CONVENT SENTUL (2)

SEKOLAH CS DUA
SEKOLAH YANG TERCINTA
NAMAMU HARUM DAN CEMERLANG
DALAM SEMUA BIDANG

TULUS DENGAN  FADILAH
AZAM DENGAN BAKTI
BERSATU MENUJU WAWASAN
UNTUK KEJAYAAN

AYUHLAH BERUSAHA
TINGKATKAN KEAZAMAN
MENCAPAI CITA MULIA
NEGARA MAJU JAYA

BERDOA PADA TUHAN
USAHA TANPA JEMU
MENJADI INSAN YANG BERILMU
MAJU TERUS MAJU